PROGRAM TAUTAN KASIH AHLI COMMUNITY POLICING DAERAH KUALA SELANGOR

 

26 Ogos 2020 – Keselamatan adalah tanggungjawab bersama dan memerlukan kerjasama semua pihak. Menyedari keperluan ini, Community Policing Daerah Hulu Selangor telah mengadakan program khas untuk memperkukuhkan jalinan setiakawan dan muhibah di kalangan ahli-ahli CP setempat. Bertempat di Dewan Orang Ramai Jalan Penggawa 7, Taman Penggawa , program ini telah dihadiri lebih dari 80 orang ahli CP dan penduduk.

Majlis perasmian dan  penyampaian sijil penghargaan kepada ketua kawasan  CP Kuala  Selangor telah disempurnakan oleh Puan Faizatul Aini Mohd Adnan, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor. Majlis turut dihadiri oleh Tuan Mohd Faizal bin Mohd Raji, Pegawai Daerah Kuala Selangor dan Tuan Supt Ramli bin Kasa, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor.

     

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …