Program Tadabbur Quran Daerah Hulu Perak

Tadabbur ialah berfikir dan mengamati ayat-ayat al-Quran untuk memahaminya, serta menangkapi makna-maknanya, hukum-hukumnya, dan maksud yang dikehendakinya. Al-Quran adalah kitab yang dipermudahkan untuk tilawah, hafaz, faham dan tadabbur. Allah Ta’ala telah berfirman maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?” (Al-Qamar:17)

Bertempat di Dewan Serbaguna Daerah Gerik, satu program Tadabbur Quran Daerah Hulu Perak telah diadakan pada 11 September 2020.  Program tersebut dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Meor Shahibul Fadillah Bin Zainudin, Pegawai Daerah Hulu Perak dengan dihadiri oleh beberapa wakil agensi kerajaan di Daerah Hulu Perak.

Program itu bertujuan untuk memupuk semangat cintakan Al Quran dan Hadis di samping menekankan keperluan Al Quran dan Sunnah sebagai pedoman dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab di dalam perkhidmatan dan pekerjaan seterusnya kehidupan bekeluarga.  Ia juga bagi meningkatkan semangat kesepaduan, kerjasama dan muafakat agensi kerajaan dan kakitangan awam di Daerah Hulu Perak.

Antara perkongsian menarik di dalam program tersebut adalah adab-adab dalam membaca Al Quran dan Hadis-hadis Sahih, kaedah bacaan mengikut tajwid yang betul dan aktiviti-aktiviti bagi pengimarahan agama Islam.

Semoga program yang berunsurkan pengisian rohani seperti ini dapat dilaksanakan di setiap peringkat dan agensi bagi mencapai keseimbangan di dalam kehidupan.

 

Artikel/Berita Terkini

HEBAT: RAKYAT MELAKA PUAS DAPAT BERTEMU PEMIMPIN LUAH MASALAH

Seri Negeri – Rakyat Melaka meluahkan rasa syukur dan gembira apabila diberikan peluang bertemu pemimpin secara langsung pada Hari Ahli …

OPERASI LORONG KOSONG (Ops LOKOS) MBMB

Melaka Tengah – Operasi Lorong Kosong (Ops LOKOS) MBMB Bil. 21 Tahun 2025 anjuran Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB …

SARAPAN BUKAN SEKADAR MAKAN – IA PELINDUNG KESIHATAN ANDA

Sarapan Bukan Sekadar Makan – Ia Pelindung Kesihatan Anda! Ramai yang abaikan sarapan sebab sibuk. Tapi sarapan penting untuk: 🔋 …