KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KESELAMATAN NEGERI SELANGOR KEPADA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

 

11 September 2020 – Hubungan baik dan kerjasama dengan Kerajaan Negeri merupakan asas penting dalam pengurusan keselamatan di peringkat negeri. Berteraskan idea “keselamatan adalah tanggungjawab bersama”, hubungan yang baik menjamin keberkesanan pelaksanaan operasi dan tindakan keselamatan di lapangan.  Di samping itu, budaya kerja ‘in silo’ antara agensi harus diketepi dan kerjasama dapat menjimatkan sumber dan masa.

Menyedari keperluan ini, MKN Selangor telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB. Dato’ Mohamad Amin bin. Ahmad Ahya, Setiausaha Kerajaan Negeri pada 11 September 2020 bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Selain membincangkan isu-isu keselamatan di Negeri Selangor, YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sempat berkongsi pengalaman beliau lebih dari 30 tahun dalam perkhidmatan awam. MKN Selangor mengucapkan tahniah dan semoga YB. Dato’ terus cemerlang memimpin pengurusan Kerajaan Negeri Selangor.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut