Kunjungan Hormat TKPKN (Keselamatan Strategik), MKN ke NACSA

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 17 Julai 2020 yang lalu.

Dalam sesi suai kenal bersama pegawai-pegawai NACSA, Ketua Eksekutif NACSA telah menerangkan kepada YBhg. Datuk berkenaan isu-isu keselamatan siber seperti trend ancaman siber semasa serta peranan NACSA dalam menangani ancaman tersebut.

NACSA selaku agensi utama dalam bidang keselamatan siber negara bertanggungjawab dalam penggubalan, pelaksanaan, pemantauan serta penyelarasan dasar bagi perkara berikut:

  1. Perlindungan ke atas CNII;
  2. Penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pengurusan jenayah siber;
  3. Keselamatan Teknologi;
  4. Pembangunan keupayaan; dan
  5. Pengetahuan & kesedaran.

Selaras dengan itu, NACSA menekankan agar aspek keselamatan siber diketengah dan dijadikan keutamaan dalam agenda pertahanan dan keselamatan negara. Dengan kadar ancaman siber yang semakin meningkat dan berkembang, adalah wajar bagi Malaysia untuk turut meningkatkan kapasiti dan kepakarannya bagi memastikan ekosistem siber negara kekal selamat.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut