

IPOH, 13 Jun 2020 – Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Negeri Perak, Khairul Ridzuan bin Mat Said, telah menyampaikan kuliah Subuh di Surau Al Hasaniah, Ipoh. Seramai 25 orang telah hadir ke surau tersebut untuk menunaikan solat secara berjemaah setelah kerajaan memberikan kebenaran untuk masjid dan surau beroperasi semula pada 10 Jun 2020. Beliau juga turut menyampaikan penerangan tentang penularan wabak Covid-19 di negara kita serta SOP yang mesti dipatuhi oleh surau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).