
IPOH, 12 Jun 2020 – Semua masjid dan surau di Perak kembali dibuka kepada orang awam bermula hari ini. Tinjauan di beberapa masjid menunjukkan semua SOP dipatuhi dengan baik oleh Jawatankuasa Masjid dan para jemaah. Berikut adalah di antara SOP solat berjemaah yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang tempoh PKPP berkuatkuasa sehingga 31 Ogos 2020:
- Bilangan jemaah dihadkan kepada 40 orang
- Bagi solat Jumaat bilangan jemaah ditetapkan seramai 40 orang membabitkan 40 ahli Jumaat di sesebuah kariah;
- Bagi solat fardu berjemaah mestilah tidak melebihi 40 orang, tidak termasuk pegawai masjid serta ahli jawatankuasa kariah masjid atau surau;
- Kebenaran solat fardu berjemaah dan solat Jumaat setakat ini HANYA dibenarkan kepada warganegara Malaysia;
- Identiti jemaah yang hadir mesti disemak dan direkodkan sebelum dibenarkan masuk ke ruang solat;
- Jemaah perlu mengambil wudhu di rumah dan membawa sejadah sendiri;
- Melaksanakan penjarakan sosial (social distancing) di dalam dan di luar masjid;
- Jarak antara ahli jemaah adalah sejauh 1 meter antara satu sama lain dan jemaah wajib memakai pelitup muka;
- Tidak ada bersalaman dan bersentuhan sepanjang berada di masjid, surau Jumaat dan surau;
- Cara masuk dan keluar masjid mesti dengan beratur serta menjaga penjarakan yang terkawal;
- Tiada perkumpulan dibenarkan selesai solat Jumaat samada di dalam atau di luar masjid;