TERIMA KASIH ‘FRONTLINERS’

Sebagai tanda sokongan dan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan bagi menangani penularan wabak Covid-19, Kementerian Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program penghargaan yang dikenali sebagai #LightitBlue atau Limpahan Lampu Biru bermula pada 30 April sehingga 03 Mei 2020.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi menzahirkan ucapan penghargaan terima kasih rakyat Malaysia kepada petugas barisan hadapan negara khususnya di Wilayah Persekutuan.

Pelaksanaan program Light It Blue ini melibatkan bangunan-bangunan ikonik dan jalan-jalan protokol di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Manakala pemilihan warna biru adalah kerana ia merupakan warna rasmi bidang perubatan yang membawa maksud kredibiliti, pengetahuan, kepercayaan dan fokus.

Sebanyak 38 bangunan dan kawasan terpilih termasuklah rumah ibadat, kawasan perumahan serta kenderaan individu dinyalakan dengan lampu biru ini sebagai simbolik penghargaan seluruh rakyat Malaysia kepada petugas barisan hadapan.

 

TERIMA KASIH ‘FRONTLINERS’  !

   

Gambar : Ihsan daripada FB Kementerian Wilayah Persekutuan / CMC Wilayah Persekutuan

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut