IPOH, 30 April 2020 – Kesemua pesakit yang disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) di negeri Perak telah dibenarkan pulang dan menjadikan Perak negeri sifar pesakit Covid-19 selepas Perlis, Kelantan dan Kedah. Perak bagaimanapun mencatatkan keseluruhan 253 kes jangkitan positif namun enam daripada pesakit telah meninggal dunia yang menjadikan jumlah yang pulih dan dibenarkan pulang seramai 247 orang.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Ding Lay Ming hari ini. Beliau memaklumkan berita gembira itu kepada pihak media di Pejabat Menteri Besar hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan barangan untuk keperluan petugas barisan hadapan dan sumbangan kewangan untuk Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Kerajaan Negeri Perak bagi membantu rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19. Menurut laporan difahamkan, pesakit terakhir iaitu seorang lelaki, telah dibenarkan pulang daripada Hospital Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 29 April 2020.
Walaubagaimanpun, Ahmad Faizal tetap mengingatkan rakyat di negeri ini untuk terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun banyak daerah di Perak telah diklasifikasikan sebagai Zon Hijau. Beliau turut menasihatiΒ rakyat Perak untuk keluar bila perlu sahaja dan sentiasa mengamalkan penjarakan sosialΒ serta membersihkan tangan dengan betul.
Sumber berita : Perak Today