
IPOH, 21 April 2020 – Hampir 30,000 petani di negeri Perak menerima manfaat daripada Agro Prihatin Perak, hasil inisiatif dan cetusan Menteri Besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal bin Dato Azumu, bagi membantu para petani yang menghadapi masalah menjual hasil tanaman, akibat kekurangan permintaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu. Program ini adalah salah satu daripada pelbagai inisiatif Bantuan Khas Kerajaan Negeri Perak bagi membantu kumpulan sasar yang terkesan akibat pelaksaan PKP yang bertujuan untuk memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.
Ahmad Faizal melalui Facebook rasmi miliknya telah mengucapkan penghargaan kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak yang menyediakan dana sebanyak RM1 juta untuk program tersebut. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perak dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif membela nasib para petani di negeri Perak.
Sumber berita : FB Faizal Azumu