COVID-19: SEKTOR KORPORAT TURUT CAKNA

Peja menerima sumbangan daripada Puncak Emas Infra Sdn Bhd                                                                    Sumber Foto : FB Faizal Azumu

IPOH, 16 APRIL 2020 – Kerajaan negeri Perak merakamkan penghargaan atas sokongan padu sektor korporat dalam usaha memerangi wabak Covid-19 di negeri Perak dan seterusnya dapat membantu meringankan beban golongan sasar yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tiga syarikat yang tampil menghulurkan sumbangan adalah Techlab Security Sdn Bhd yang diwakili oleh Khalid Adam Bin Abdul Aziz telah menyampaikan sumbangan 300-unit High Quality Personal Protection Equipment (PPE), 15 ribu keping Disposable Face Mask dan 500 botol Hand Sanitizer manakala KBY Holding yang diwakili oleh Pengerusi Eksekutif, Dato’ Koh Be Yang menyumbangkan 200-unit High Quality PPE untuk kegunaan para petugas barisan hadapan. Manakala Puncak Emas Infra Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengurus Besar, Dato’ Mazelan Bin Mohamed menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada Ipoh Central Kitchen dan RM50,000 lagi untuk Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Kerajaan Negeri Perak.

Peja menerima sumbangan dari KBY Holding Sumber Foto : FB Faizal Azumu

Turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan Negeri YB Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Zulazlan Bin Abu Hassan, Yang Berbahagia Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Dato’ Dr Afifi Al-Akiti dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak Dato’ Dr. Ding Lay Ming.

Pengarah Jabatan Kesihatan Perak menerima sumbangan dari Techlab Security Sdn Bhd Sumber Foto : FB Faizal Azumu

SUMBER BERITA : FB FAIZAL AZUMU

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut