COVID 19 – INTERNET PERCUMA 1GB

Pandemic COVID-19 telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia terpaksa bekerja dan belajar dari rumah masing-masing. Golongan ini sangat memerlukan akses internet yang boleh dipercayai dan berpatutan, lebih penting dan genting daripada sebelum ini.

Dari perspektif syarikat gergasi seperti Microsoft, banyak perkara telah berubah dek kerana wabak COVID-19 ini. Bilangan pengguna aplikasi Microsoft Teams telah meningkat sebanyak 12 juta hingga 44 juta pengguna sehari di seluruh dunia.

Situasi ini telah membawa lonjakan terhadap penggunaan internet kerana kebanyakan rakyat Malaysia menggunakan aplikasi persidangan video (video conference) dan perkhidmatan di atas talian lain untuk terus berhubung.

 

 

Sebagai contoh, syarikat telekomunikasi di Sepanyol melaporkan bahawa:

  • Peningkatan 40% dalam penggunaan data
  • Peningkatan dalam penggunaan telefon pintar; dan
  • Ledakan aplikasi komunikasi (WhatsApp, Telegram, Line dan lain-lain)
Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

Sumber gambar : RTM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia akan DIBERIKAN data PERCUMA 1GB setiap hari. Perkara ini diumumkan sebagai sebahagian daripada pakej ransangan RM250 bilion yang baru diumumkan untuk membantu rakyat Malaysia semasa wabak COVID-19. Perincian Pakej Khas Industri Telekomunikasi adalah seperti berikut:

  • Percuma 1GB setiap hari antara 8 pagi hingga 6 petang bermula 1 April 2020 higga tamat Perintah Kawalan Pergerakan (Celcom, Digi, Maxis & U Mobile)
  • Panggilan percuma ke hotline National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON, MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri
  • 40GB data percuma melalui rangkaian mudah alih YES 4G, akses percuma kepada sumber-sumber pembelajaran dalam talian FrogAsia. Percuma sehingga 5 kad SIM prabayar 4G kepada setiap keluarga yang mempunyai anak-anak di sekolah kerajaan (YES)
  • Pas hotspot LTE 999GB kepada pelanggan pascabayar unifi mobile (TM)
  • Panggilan domestik percuma dan rebat bil RM240 kepada pelanggan yang ingin menaik taraf data jalur lebar rumah (TIME)

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

TEMBIKAI BOCI TANPA BIJI SEMAKIN POPULAR

KUANTAN: FAMA Pahang membantu memasarkan lebih 200 tan tembikai jenis boci tanpa biji dan tembikai kuning hasil keluaran tujuh pekebun …
Maklumat Lanjut

LETUSAN GUNUNG RUANG: MAS KEMBALI BATALKAN PENERBANGAN ANTARA KL-SABAH

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini membatalkan semula beberapa penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Sabah susulan letusan gunung berapi …
Maklumat Lanjut

KES DEMAM DENGGI MENURUN PADA ME15, SATU KEMATIAN DILAPORKAN

KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga …
Maklumat Lanjut