MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) KHAS NEGERI SEMBILAN

Ahad 22 Mac – Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan dalam kenyataannya telah mengeluarkan beberapa penambahbaikan kepada Perintah Kawalan Pergerakan berkaitan masa pengoperasian premis perniagaan di Negeri Sembilan. Perkara ini telah diumumkan sendiri oleh YAB Dato’ Seri Aminuddin bin Harun berkuatkuasa 24 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 seperti senarai berikut:
(i) Semua premis makan, restoran, gerai makan di tepi jalan atau bahu jalan dan kendara saji (foodtruck)             yang diberi lesen perniagaan (termasuk yang beroperasi 24 jam) hanya dibenarkan beroperasi dari 7.00         pagi sehingga 8.00 malam (makanan dibawa pulang sahaja dan mematuhi penjarakkan sosial 1 meter)
(ii) Semua pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka termasuk yang beroperasi 24 jam hanya dibenarkan        beroperasi bermula 7.00 pagi sehingga 8.00 malam.
(iii) Semua stesen minyak, termasuk kedai serbaneka stesen tersebut hanya dibenarkan beroperasi dari                 6.00 pagi hingga 8.00 malam dan hendaklah mematuhi penjarakkan sosial 1 meter.
(iv) Semua pasar awam hanya dibenarkan beroperasi untuk pengguna mulai 6.00 pagi sehingga 12.00                   tengah hari dan hendaklah mematuhi penjarakkan sosial 1 meter.
(v) Semua pasar malam, pasar tani dan dan pasar pagi tidak dibenarkan beroperasi.
(vi) Semua bengkel/worksyop  baikpulih kenderaan hanya dibenarkan beroperasi mulai 9:00 pagi hingga               2:00 petang.

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …