COVID 19 – BEKERJA DARI RUMAH?

Coronavirus  Diseases (COVID-19) dan Perintah Kawalan Pergerakan (18 – 31 Mac 2020) yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan Malaysia telah menyebabkan norma dan cara kerja sedia ada di kebanyakan pejabat kerajaan/swasta di seluruh dunia berubah, dan mungkin untuk selamanya.

Pandemic Covid-19 yang tercetus menyebabkan ramai pekerja memilih untuk bekerja daripada rumah. Peningkatan drastik situasi ini memberi gambaran masalah dan juga peluang kepada aplikasi persidangan video (video conference) untuk menyerlahkan kemampuan masing-masing. Syarikat startup seperti Slack dan Zoom dan juga syarikat gergasi utama seperti Google dan Microsoft sedang memberi perkhidmatan percuma kepada pengguna untuk mengakses aplikasi persidangan video mereka.

Berdasarkan pemerhatian semasa, sekiranya situasi Covid-19 ini reda dan kembali pulih,: ramai pekerja kerajaan/syarikat yang diarahkan untuk bekerja daripada rumah akan bertanya kenapa mereka perlu ke pejabat semula sedangkan mereka mampu melaksanakan tugas-tugas mereka dengan menggunakan komputer peribadi di rumah masing-masing.

 

Peralatan/Aplikasi Untuk Bekerja Dari Rumah

      

Sumber gambar : https://slack.com/intl/en-my/

  • Slack
    • Secara mudahnya Slack ialah chat room untuk seluruh pejabat/syarikat anda, direka untuk menggantikan emel sebagai kaedah komunikasi dan perkongsian data. Slack workplace membolehkan anda mengatur komunikasi dengan saluran khusus bagi perbincangan kumpulan, dan membenarkan mesej peribadi untuk berkongsi maklumat, data dan pelbagai lagi di dalam satu platform

Sumber gambar : https://trello.com/guide/create-a-board

  • Trello
    • Trello adalah alat yang hebat untuk melakukan pengurusan projek dan pengurusan tugas. Kad Visual Kauban (menyerupai sticky notes) adalah flexible, boleh dikongsi, dan membenarkan anda merangkumkan pelbagai tugasan/maklumat di dalam satu kad sahaja. Trello bukan hanya khusus untuk kerja sahaja, anda juga boleh menggunakan Trello untuk mengatur (organize) apa sahaja, mungkin untuk sepanjang hayat anda

Sumber gambar : https://zoom.us/home?zcid=2478

  • Zoom
    • Pelbagai aplikasi persidangan video (video conference) yang terdapat di luar sana, tetapi Zoom telah mengagumkan ramai orang dengan langkah konfigurasinya yang amat mudah. Pengguna Zoom boleh memilih untuk merakam sesi, berkolaborasi projek, perkongsian data dan pelbagai lagi. Syarikat Zoom yang berpangkalan di San Jose, Carlifonia mengumumkan bahawa telah mengalihkan batas (limitation) yang terdapat pada akaun percuma bagi membolehkan pengguna menggunakan servis Zoom lebih daripada 40 minit yang telah ditetapkan sebelum ini, bersempena pandemic Covid-19.

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut