HARI KE-3 – PELAKSANAAN KAWALAN PERGERAKAN

 

Orang ramai sedang beratur untuk membeli makanan
Kenderaan masih banyak di jalan raya

 

 

IPOH 20 Mac 2020 – Hasil tinjauan hari ke tiga Pelaksanaan Kawalan Pergerakan di beberapa kawasan di sekitar Ipoh dan Batu Gajah, masih kelihatan orang ramai yang keluar dari rumah seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mereka dilihat melakukan aktivtiti membeli belah tanpa ada perasaan gusar tentang penyebaran wabak COVID 19 yang melanda negara ketika ini.

Orang ramai seharusnya lebih peka dan patuh kepada arahan kerajaan. Apabila arahan ini dikeluarkan bermakna orang ramai wajib menghadkan pergerakan masing-masing dan berada di rumah. Tinjauan di Terminal Bas Amanjaya pula mendapati masih ada pergerakan keluar dari Negeri Perak ke tempat lain. Namun mereka memaklumkan bahawa mereka bukanlah menetap di Perak tetapi datang menziarahi saudara di sini.

Di samping itu juga, orang ramai didapati masih membuat pembelian secara berlebihan atau panic buying. Tindakan seperti ini dibimbangi akan membawa kesan buruk dalam situasi kerajaan yang cuba menghalang penularan COVID-19. Pihak MKN Perak telah memaklumkan kepada pihak berkuasa agar dapat membuat pemantauan dan mengambil tindakan sewajarnya di kawasan-kawasan yang didapati berisiko untuk orang ramai berkumpul.

Orang ramai bersesak-sesak dengan aktiviti membeli belah

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut