PENCAPAIAN TERBAIK KONTINJEN MKN SABAH, HARI KEBANGSAAN 2019

31 Ogos 2019, Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sabah disambut meriah oleh semua rakyat Sabah seawal jam 6 pagi yang berlangsung di Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu. Sambutan ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta barisan Kabinet Negeri.

Pada sambutan kali ini, sebanyak 172 kontinjen membabitkan pelbagai kategori seperti sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi kerajaan serta sektor swasta, badan bukan kerajaan dan persatuan etnik Sabah telah mengambil bahagian.

Kontinjen MKN Sabah juga turut menyertai acara perbarisan lintas hormat dalam Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Rasmi yang terdiri daripada 36 orang pengawal keselamatan dari PTS Kota Kinabalu dan PTS Papar.

Kontinjen MKN Sabah telah mencatatkan pencapaian terbaik dengan meraih tempat ke-empat dalam kategori yang dipertandingkan.  Syabas dan tahniah atas usaha, semangat dan kesungguhan semua yang terlibat.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …