RAMAH MESRA BERSAMA BERSAMA RAKAN STRATEGIK

Pada 19 Disember 2019 telah diadakan program silaturrahim MKN Perak bersama rakan strategik. Program yang berlangsung di Kem Syed Putra Jalan Tambun Ipoh itu telah disertai oleh jabatan dan agensi seperti PDRM,  2 Bridged, Pasukan Gerakan Am (PGA), Imigresen, Kastam, TLDM, Maritim, AKSEM, SME Corporation Malaysia, SME Bank Ipoh, PUNB, MARA, Jabatan Penerangan dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Program seumpama ini bukan sahaja dapat menjalinkan  hubungan baik dan menambahkan kemesraan antara pegawai dan kakitangan MKN Perak dengan rakan strategik, namun pada masa yang sama turut memperkukuhkan kerjasama dan perkongsian maklumat antara agensi yang terlibat dalam memastikan keselamatan negara terus terpelihara. Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa majlis tersebut juga adalah acara menembak secara berpasukan yang turut memberikan peluang kepada pegawai dan kakitangan MKN untuk merasai aktiviti menembak yang sebelum ini hanya melibatkan anggota keselamatan negara sahaja.

Aktiviti menembak bersama rakan strategik

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …