Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Safer Internet Day 2018 Edisi Malaysia

24 Februari 2018, Royale Chulan Kuala Lumpur

Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Safer Internet Day (SID) 2018 Edisi Malaysia telah diadakan pada 24 Februari 2018 di Royale Chulan Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Penaung Kehormat Program PERMATA.

Ucapan Aluan disampaikan oleh YBhg. Jen. Tan Sri Datoโ€™ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin (B), Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara.

Selain itu, YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor turut melancarkan Buku Panduan Keibubapaan Siber. Buku ini diterbitkan khusus bagi memberi maklumat dan informasi kepada ibu bapa mengenai tatacara untuk menjadi ibu bapa atau penjaga yang bijak mengasuh dan mendidik anak-anak di alam siber.

Sempena sambutan SID 2018 Edisi Malaysia, Majlis Keselamatan Negara melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) hari ini menganjurkan Seminar Keibubapaan Siber bertajuk โ€œKeluarga Bingkas Siber Bermula Dengan Andaโ€ (Cyber Resilient Families Begin With You).

Pelbagai topik menarik antaranya Landskap Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian: Undang-Undang dan Perundangan di Malaysia, Keselamatan Alam Siber Dalam Pendidikan: Membina Daya Tahan Digital Bagi Keselamatan Internet dan Penjenayah Di Dalam Telefon dibincang serta dapatan kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar dibentangkan menerusi dua sesi forum bertajuk Eksploitasi Siber: Pencegahan di Sekolah (Cybervictimization: Prevention in Schools) dan Keibubapaan Siber dan Ancaman Kesihatan Siber (Cyber Parenting and Cyber Medical Threats).

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

โ€œApabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.โ€ Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut