Sidang Majlis Keselamatan Negara Bil.5/2017 telah diadakan pada 11 April 2017 baru-baru ini. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri di Putrajaya.
Sebagai platform perbincangan mengenai pengurusan keselamatan negara, keahlian Sidang MKN adalah terdiri daripada YAB Perdana Menteri (Pengerusi), YAB Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ketua Setiausaha Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara sebagai setiausaha Sidang MKN. Pegawai-pegawai kerajaan atau invidu-individu yang lain boleh dijemput hadir atas persetujuan Pengerusi Sidang MKN bagi membincangkan isu keselamatan yang berkaitan.
Sidang MKN kali ini telah membincangkan dasar dan isu-isu keselamatan semasa negara yang memerlukan perbincangan dan perkongsian pandangan daripada penggubal dasar dan agensi-agensi keselamatan yang berkaitan.

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang mempengerusikan Sidang MKN Bil.5/2017