Lawatan Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) Di Bawah Arahan MKN No. 18 Ke Pusat Kawalan Operasi (OCC) Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) telah mengadakan satu lawatan ke Pusat Kawalan Operasi (OCC) Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh  pada 6 April 2017.

Lawatan tersebut telah diketuai oleh MKN, JPM dan disertai oleh ahli-ahli Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) di bawah Arahan MKN No. 18: Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ahli-ahli CMT mengenai infrastruktur dan sistem keselamatan serta Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan-ERP) MRT dalam menangani situasi krisis keganasan.

Semasa lawatan tersebut, pihak MRT telah menyampaikan beberapa taklimat mengenai pengurusan keselamatan sistem MRT dan ahli-ahli CMT juga turut dibawa melawat Pusat Kawalan Operasi (OCC) serta dibawa menaiki tren dari Stesen MRT Sungai Buloh sehingga ke Stesen MRT Kwasa Sentra untuk melihat sendiri sistem dan fasiliti keselamatan yang digunapakai oleh pihak MRT.

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut