Mesyuarat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Kepada Etnik Rohingya di Myanmar

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) telah mengadakan Satu Mesyuarat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Kepada Etnik Rohingya di Rakhine State, Myanmar pada 24 Mac 2017 bertempat di Putrajaya.

Mesyuarat ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri supaya MKN, JPM menyelaras semua sumbangan kepada etnik Rohingya di Myanmar yang diwujudkan oleh pelbagai pihak termasuk badan-badan bukan Kerajaan (NGO), pihak media dan sebagainya. Ini adalah bagi memastikan sumbangan tersebut diuruskan dan disalurkan dengan telus dan sistematik serta sampai kepada kumpulan sasaran iaitu etnik Rohingya di Rakhine State, Myanmar.

Antara NGO yang hadir adalah Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Yayasan Amal Malaysia, Mercy Malaysia, Global Peace Mission Malaysia (GPM), HUMANiTi Malaysia, Malaysian Relief Agency (MRA), Sekretariat International Flotilla 2 Arakan (IF2A), MyCARE, Islamic Relief Malaysia dan juga Media Prima. 

Artikel/Berita Terkini

PANGGILAN SENYAP BUKAN SEMESTINYA SELAMAT!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PANGGILAN SENYAP …

TANGKAPAN CURI KABEL OLEH BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK) IPD ALOR GAJAH

Alor Gajah – Kejayaan besar dicatatkan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah apabila …

PROGRAM DIDIK KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Keselamatan jalan …