PENSYARAH RUGI LEBIH RM200,000.00 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

KUALA TERENGGANU – Seorang pensyarah wanita sebuah universiti di Kuala Nerus kerugian sebanyak RM244,925.61 selepas ditipu sindiket pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner, Azli Mohd Noor berkata, pada 14 Ogos lepas mangsa yang berusia 56 tahun menerima pesanan WhatsApp daripada individu tidak dikenali yang mengandungi iklan pelaburan berserta pautan untuk menyertai skim ditawarkan.

Beliau berkata, mangsa yang tertekan pautan itu secara tidak sengaja telah diberi tiga pilihan pelaburan bermula daripada skim serendah RM300.

“Mangsa telah membuat pelaburan sebanyak RM300 dan dijanjikan keuntungan sebanyak RM14,000 oleh suspek.

“Bagaimanapun, untuk mengeluarkan keuntungan itu, mangsa perlu membuat sejumlah bayaran dengan membuat pindahan wang ke beberapa akaun yang diberikan suspek,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Azli berkata, mangsa membuat bayaran ke 18 akaun bank berbeza menggunakan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP) miliknya bermula dari 20 Ogos hingga 10 September lepas.

“Mangsa yang gagal mendapatkan wang keuntungan membuat laporan polis pada 10.56 malam tadi. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber Rujukan :Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …