STOR SWM, EMPAT LORI TERBAKAR DI SENDAYAN

Sebuah stor penyimpanan perkakas milik SWM Environment Sdn Bhd bersama empat lori syarikat itu musnah dalam kebakaran di Depoh SWM Sendayan Logistic, Sendayan Techvalley di sini pada Selasa.

Menurut Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2, Ahmad Khomeini Kamarudzaman , pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.14 petang sebelum jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi mengesahkan berlaku kebakaran membabitkan stor penyimpanan tong sampah serta empat unit lori milik SWM. Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.36 petang dan setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Operasi pemadaman melibatkan anggota dari BBP Seremban 2, BBP Seremban serta pasukan Bomba TUDM Sendayan dengan kekuatan keseluruhan lebih 15 anggota dan pegawai. Setakat ini, operasi masih dijalankan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …