Melaka – YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-19 Tahun 2025 di Hotel DoubleTree by Hilton, Melaka.
Turut hadir sama, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri; YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri;Β Dr Kao Kim Hourn, Setiausaha Agung ASEAN; serta delegasi Menteri-Menteri ASEAN.
Mesyuarat yang menghimpunkan lebih 300 delegasi serantau ini menjadi platform penting ASEAN dalam memperkukuh kerjasama memerangi jenayah rentas sempadan termasuk pemerdagangan manusia, ekstremisme, keganasan siber, pengedaran dadah, jenayah kewangan, pemalsuan dan penyeludupan senjata api.
Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah adalah suatu penghormatan besar. Selain memperteguh imej negeri dalam agenda keselamatan serantau, ia juga memperlihatkan keyakinan dunia terhadap Melaka sebagai destinasi strategik menjelang Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 pada 27-29 September ini.
Melaka bukan sekadar kota warisan, tetapi juga destinasi pertemuan yang menggamit dunia!
Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)



