MELAKA RAIKAN BAYI MERDEKA

Banda Hilir – Sebagai tanda menghargai bakal pewaris Melaka, Kerajaan Negeri meraikan bayi merdeka menerusi penganjuran Program Bayi Merdeka Melaka 2025 di Hospital Melaka kelmarin.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, bermula jam 12 tengah malam hingga 11 pagi tadi, seramai tujuh bayi selamat dilahirkan di Hospital Melaka.

“Kelahiran direkodkan di Hospital Melaka setakat ini, melibatkan empat bayi lelaki dan tiga bayi perempuan. Kelahiran pertama direkodkan adalah seorang bayi lelaki pada jam 2.59 pagi.

“Sebagai tanda penghargaan, Kerajaan Negeri Melaka menyediakan sumbangan sebanyak RM8,000 berserta 40 hamper barangan keperluan bayi untuk diagihkan kepada keluarga yang terlibat,” katanya yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh selepas Program Bayi Merdeka Melaka 2025 di Hospital Melaka.

Hadir sama pada program itu  Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Datuk Siti Faizah Abd Aziz.

Rais yang juga Adun Paya Rumput berharap program itu dapat diperluas selain dijadikan sebagai acara tahunan dalam kalendar rasmi negeri, seterusnya menjadi wadah untuk menyemai semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negeri serta negara dalam kalangan rakyat Melaka.

“Semoga bayi merdeka ini membesar dengan sihat, menjadi generasi hebat yang berjiwa merdeka, mencintai tanah air dan terus menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

“Sambutan ini diraikan bermula tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 11.59 malam pada 31 Ogos 2025,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

KEBURUKAN SIKAP SUKA BERTANGGUH DALAM KEHIDUPAN

Dalam meniti arus kemodenan yang serba pantas ini, pengurusan masa yang cekap merupakan kunci utama kejayaan seseorang. Namun begitu, masih …

KEAJAIBAN RASA BOSAN DALAM ERA DIGITAL

Dalam era digital yang serba pantas dan sarat dengan rangsangan teknologi, perkataan “bosan” sering dianggap sebagai satu keadaan yang negatif …

DETOKS DIGITAL: MEMPERKUKUH INSTITUSI KELUARGA DI ERA GAJET

Dalam arus kemodenan yang dipacu oleh kemajuan teknologi maklumat, peranti pintar telah menjadi sebahagian daripada rutin harian setiap isi rumah …