TARIAN MELAKA ‘PUKAU’ OSAKA

Osaka, Jepun – Tarian kebudayaan yang sinonim dengan Negeri Melaka menghangatkan suasana di Pavillion Malaysia bersempena World Expo 2025 Osaka di Yumeshima, di sini.

Persembahan istimewa itu dibawakan khas pada Minggu Melaka (Melaka Week) yang berlangsung selama dua minggu bermula hari ini.

Dianggarkan ribuan pengunjung membanjiri perkarangan pentas utama di Pavillion Malaysia sebaik sahaja alunan lagu tradisional mula ke udara.

Persembahan dimulakan dengan tarian Inang Bukit Cina, diikuti tarian etnik Chetty dan diakhiri dengan tarian etnik serani yang melambangkan kepelbagaian budaya yang ada di negeri bersejarah.

TARIAN etnik Chetti yang dipersembahkan oleh penari JKKN

Lebih istimewa, turut dibawakan khas adalah joget lambak yang juga sebahagian warisan seni Melaka, di mana pengunjung turut diberi peluang menari bersama-sama penari dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Sepanjang Minggu Melaka, persembahan kebudayaan bakal menjadi antara tarikan utama yang dibawakan Tourism Melaka, di mana setiap hari dianggar tiga atau empat siri persembahan menarik akan disajikan kepada pengunjung.

Untuk rekod, esok bakal berlangsungnya pelancaran ‘Expo Osaka 2025 – Melaka Week’ yang akan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di pentas utama Pavilion Malaysia.

Difahamkan, lagu ikonik Melaka iaitu Senandung Anak Melaka akan berkumandang di Osaka bersempena pelancaran tersebut.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …