DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang telah membuat penguatkuasaan khas kenderaan perdagangan dengan sasaran Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB). Penguatkuasaan ini bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan barangan ini mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010 (Akta 715) juga untuk memastikan kenderaan ini selamat digunakan di jalanraya.
Sebanyak 9 buah kenderaan barangan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57(1) (b) (iv) APAD 2010 dan kesalahan di bawah Kaedah 89 MV (C&U) 1959. Kesalahan lain dikesan langgar syarat lesen pengendali, tiada lesen GDL, membawa muatan secara merbahaya, penggunaan telefon bimbit semasa memandu, serta kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, pasang strobe light tanpa kebenaran, ubah suai kenderaan dan tidak selenggara kenderaan dengan baik.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



