BEKAS TENTERA HIAS SKUTER DENGAN JALUR GEMILANG, EDAR PERCUMA BENDERA KEBANGSAAN

KUANTAN: Setiap kali menjelang sambutan Hari Kebangsaan, Mohd Mustafa Abu Bakar akan menghias skuter miliknya dengan Jalur Gemilang dan bendera Pahang bagi menzahirkan semangat patriotik serta rasa cinta kepada kepada negara.

Bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, bekas tentera berusia 64 tahun itu memenuhkan motosikal kesayangannya itu dengan 75 Jalur Gemilang dan bendera Pahang.

“Dengan cara ini, saya harap sambutan Hari Kebangsaan lebih meriah dan orang ramai yang melihatnya akan turut sama mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan kebangsaan.

“Alhamdulillah, saya gembira dengan penerimaan masyarakat yang memberikan kata-kata semangat yang membuatkan saya berasa teruja usaha ini diterima. Diharapkan apa yang saya lakukan ini dapat menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan meningkatkan semangat cintakan negara,” katanya.

Dia turut mengeluarkan sendiri belanja membeli Jalur Gemilang dan mengagihkannya secara percuma kepada orang ramai, khususnya kalangan kanak-kanak.

“Saya tak rasa ini membazir kerana niat saya untuk menggembirakan orang ramai dan lebih memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan. Apabila orang ramai gembira, saya juga seronok,” katanya berhasrat meneruskan apa yang dilakukannya itu sempena Hari Kebangsaan setiap tahun.

Mohd Mustafa turut memainkan lagu patriotik bertemakan semangat kemerdekaan seperti Inilah Barisan Kita dengan menggunakan pembesar suara.

“Saya percaya lagu itu akan menaikkan semangat orang ramai yang mendengarnya,” katanya mengharapkan rakyat Malaysia turut sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbol semangat patriotik.

SUMBER : BERITA HARIAN

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …