TIPS PENGGUNAAN TENAGA DARI TNB

 

Ramai antara kita yang perlu bekerja dari rumah semasa tempoh PKPB dan sudah mula membeli perkakasan elektrik seperti pendingin hawa dan kipas serta barangan elektrik yang lain.

 

Kami ingin menasihatkan anda agar memilih perkakasan elektrik yang diluluskan oleh SIRIM untuk menjamin keselamatan dan mengelakkan perkara yang tidak dingini seperti renjatan elektrik dan litar pintas. Lebih baik kita mencegah dan jangan sampai sudah terhantuk baru tengadah.

 

Antara Tips jimat tenaga:

1) Pastikan pintu dan tingkap ditutup ketika menggunakan pendingin hawa untuk memastikan penggunaan tenaga elektrik kekal optimum.

2) menutup suis yang tidak digunakan dan mengutamakan pencahayaan natural dengan membuka tingkap serta pintu pada waktu siang.

3) Gantikan mentol biasa kepada mentol LED.

4) Kumpul dan tunggu mesin basuh penuh, baru mulakan cucian.

5) Dah siap cuci, jom sidai di luar atau dalam rumah. Tak perlu kerap gunakan pengering kain

6) Kain dah kering boleh asingkan untuk dilipat dan digosok sekaligus.

7) Kurangkan membuka tutup peti sejuk secara kerap

8) Tidak menggunakan peralatan elektrik yang mempunyai elemen pemanas secara berlebihan ketika di dapur.

 

 

 

 

Antara tips keselamatan:

1) Matikan suis peralatan yang tidak digunakan sebelum masuk tidur supaya tiada aliran arus elektrik berlaku.

2) Tidak menggunakan tenaga elektrik dengan menggunakan satu soket yang disambung kepada perkakasan elektrik menggunakan wayar penyambung secara berlebihan. Kerosakan sistem pendawaian dan perkakasan elektrik boleh terjadi apabila sambungan elektrik menerima bebanan secara berlebihan lantas menyebabkan litar pintas

 

 

Sumber: FB Perbadanan Putrajaya

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …