WTD 2025: MELAKA PERKENAL ‘BAHASA SENI ASEAN’ BAHARU MENERUSI ZAPIN

Ayer Keroh – Melaka bakal memperkenalkan satu lagi tarikan baharu yang menonjolkan sisi-sisi ‘Bahasa Seni ASEAN’ menerusi persembahan zapin nusantara yang akan dibawakan khas pada Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, persembahan itu akan menampilkan penari-penari dari negara serumpun seperti Indonesia, selatan Thailand, Singapura dan Brunei yang akan menonjolkan keunikan tarian seni dan budaya itu.

Menurut beliau, persembahan itu akan menjadi satu daya tarikan baharu kepada dunia kerana ia dipersembahkan dalam satu bahasa ASEAN menerusi seni dan budaya.

“Kita mahu dirikan satu bahasa seni ASEAN ini dalam bentuk tarian zapin yang akan menampilkan penari-penari yang boleh berinteraksi di seluruh Asia Tenggara.

“Kita amat pasti ia akan menjadi bukan sahaja satu persembahan, bahkan daya tarikan baharu yang amat hebat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung di Selamat Pagi Malaysia menerusi segmen Melaka Pentas Dunia: Dari ASEAN ke Pelancongan Global Bersama YAB Ketua Menteri Melaka, hari ini.

Menurut Ab Rauf, kira-kira sebulan menjelang WTD dan WTC 2025, Kerajaan Negeri telah melakukan persiapan rapi bagi menyambut delegasi dunia yang hadir, termasuklah dalam sudut penginapan, logistik dan layanan terbaik.

Pada masa sama, jelas beliau, aspek keselamatan turut diberi perhatian, di mana seramai 1,000 anggota polis akan bertugas bagi memastikan kelancaran acara, selain membantu dalam penyuraian trafik.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …