KLINIK KESIHATAN SUNGAI RAMBAI GUNA REKA BENTUK TERKINI, DILENGKAPI KEMUDAHAN MODEN

Seri Negeri – Pembinaan klinik kesihatan baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai dijangka akan bermula pada tahun hadapan membabitkan kos RM43.3 juta.

Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Siti Faizah Datuk Abd Azis berkata, apabila siap kelak kemudahan kesihatan Jenis Tiga ditapak berkeluasan tiga hektar, bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai itu akan menjadi antara klinik dilengkapi fasiliti moden di Melaka.

“Projek pembinaan klinik kesihatan ini akan ditenderkan pada awal tahun hadapan sebelum kerja-kerja pembinaan dimulakan dan ianya dijangka siap pada 2027.

“Apabila siap kelak, klinik kesihatan yang menampilkan reka bentuk baharu itu akan dilengkapi dengan fasiliti moden termasuk pusat rehabilitasi dan lif bagi memberikan keselesaan kepada penduduk,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai berkata demikian ketika ditemui selepas sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Ke-76 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, di Balai Istiadat, Seri Negeri, di sini, semalam.

Terdahulu, Siti Faizah menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk, daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …