DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan Ops Luxury iaitu operasi penguatkuasaan khas terhadap kenderaan mewah yang tidak memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta perlindungan insurans sah.
Sepanjang operasi dilaksanakan, sebanyak 38 buah kenderaan mewah telah disita. Antara jenama yang terlibat termasuk Rolls Royce, BMW, Porsche, Alphard, Vellfire, Mercedes Benz, Audi, dan Mini Cooper Clubman. Sebanyak 132 notis saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan, antaranya:
LKM tamat tempoh (Seksyen 23 APJ 1987)
β’ Tiada perlindungan insurans (Seksyen 90 APJ 1987)
β’ Tiada lesen memandu sah / tamat tempoh (Seksyen 26 APJ 1987)
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



