JIM SABAH TAHAN 40 PTI DI SEMPORNA, KUNAK

TANGKAP: Sitti Saleha turun padang melihat semua PTI yang ditahan dalam operasi berkenaan.

SEMPORNA: Seramai 40 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah selepas menggempur lima penempatan di sekitar daerah ini dan Kunak, awal pagi kelmarin.

Operasi bermula kira-kira jam 12 tengah malam itu disertai 40 pegawai dan anggota penguatkuasa daripada Bahagian Penguatkuasaan Kota Kinabalu bersama unit penguatkuasaan Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof, berkata operasi itu dilaksanakan hasil risikan selama seminggu selain aduan awam berhubung kehadiran warga asing di kawasan berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas 73 individu, seramai 40 PTI ditahan membabitkan 19 lelaki, empat wanita, 11 kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada warganegara Pakistan, Filipina dan Indonesia.

“Semua tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen Semporna untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa.

Beliau berkata, pihaknya akan terus melaksanakan operasi berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan memindahkan warga asing yang melanggar undang-undang negara, termasuk di bawah Akta Pasport 1966 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Setakat ini, sebanyak 19,252 individu sudah diperiksa, dengan 3,902 orang ditahan dan seramai 6,521 PTI dipindahkan ke negara asal masing-masing,” katanya.

Sitti Saleha turut menggesa orang ramai menyalurkan maklumat mengenai keberadaan PTI atau majikan yang menggaji pekerja asing secara tidak sah kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha membanteras isu itu.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …