APMM TERENGGANU TAHAN 18 BOT PENUMPANG

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan 18 bot penumpang termasuk sebuah bot nelayan tempatan dalam Ops Patuh di perairan Pulau Perhentian, Besut. Operasi melibatkan 50 anggota dengan lima aset maritim.

Antara kesalahan yang dikesan ialah membawa penumpang melebihi had, tiada insurans, beroperasi tanpa lesen, melanggar syarat lesen, menggunakan bot kargo/nelayan untuk penumpang, tiada kelayakan nakhoda, serta gagal menyediakan peralatan keselamatan.

Seramai 32 individu membabitkan tekong dan pemandu bot berusia 20–50 tahun ditahan untuk siasatan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Perikanan 1985. APMM turut mengeluarkan kompaun dan denda berjumlah RM416,000.

Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang, menegaskan Ops Patuh bertujuan memastikan pematuhan undang-undang laut, membanteras bot tidak berlesen yang membawa pelancong, dan meningkatkan kesedaran keselamatan maritim. Beliau mengingatkan bahawa sikap cuai boleh mengundang tragedi, dan APMM tidak akan berkompromi dengan pengusaha yang mengutamakan keuntungan berbanding nyawa penumpang.

Sumber: buletinTV3.my

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …