π—žπ—˜π—₯π—˜π—§π—” π—£π—˜π—₯π—¦π—˜π—‘π——π—œπ—₯π—œπ—”π—‘ 𝗕𝗨𝗔𝗧 π—¦π—˜π—ͺ𝗔 𝗣𝗔𝗑𝗗𝗨 π——π—œ π—¦π—œπ—§π—”

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Sebuah kenderaan persendirian dijadikan kereta sewa pandu di LTAPP disita oleh JPJ Negeri Pulau Pinang petang semalam. Kenderaan tersebut disewa oleh warga tempatan dengan bayaran RM 300 selama 2 hari. Hasil siasatan kenderaan didaftar atas nama individu serta tiada kelulusan untuk menjalankan perkhidmatan kereta sewa pandu dan kenderaan tersebut disita dibawah seksyen 80(1) APAD 2010.

Tindakan penguatkuasaan juga diambil terhadap kenderaan yang diletak dihadapan balai ketibaan dan perlepasan yang boleh menyebabkan halangan dan kesesakan lalulintas di LTAPP. Sebanyak 53 notis saman dan notis 115 APJ 1987 dikeluarkan terhadap pemandu dan pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut.

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …