DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Cawangan Batu Uban telah menyita sebuah kenderaan persendirian dipandu warga asing atas kesalahan tiada lesen memandu dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Pemandu kenderaan jenis Honda City itu dikesan melakukan kesalahan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Georgetown Pulau Pinang.
Penguatkuasaan ini akan diadakan secara berterusan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu warga asing tanpa kompromi yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



