DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Bersempena sambutan Hari Imigresen ke-103 tahun 2025, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan sebuah majlis gemilang bertempat di Dewan Al-Fateh, Depot Imigresen Jawi. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Syamsul Fitry bin Ahmad, Pengarah Imigresen Negeri Pulau Pinang, dan turut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi jabatan, ketua-ketua bahagian, pegawai kanan, serta seluruh warga kerja Imigresen Pulau Pinang.
Majlis diserikan dengan sesi penyampaian sumbangan kebajikan oleh Kelab Imigresen Pulau Pinang (KIPP) sebagai manifestasi solidariti dan kepedulian jabatan terhadap kesejahteraan warganya. Selain itu, sijil penghargaan khas turut dianugerahkan kepada para pegawai yang telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam menyampaikan perkhidmatan yang cemerlang.
Sumber : Jim Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/jim.pulaupinang



