VAN SARAT ROKOK SELUDUP TUMPAS SELEPAS DIKEJAR SEJAM

TUMPAS: Suspek dan semua rokok yang dirampas dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Cubaan seorang lelaki melarikan sebuah van putih yang sarat muatan rokok seludup dari pihak berkuasa gagal apabila kenderaan itu berjaya dipintas di Kampung Titingan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.20 pagi itu, lima kenderaan Unit Peronda Polis (MPV) termasuk dua pacuan empat roda digerakkan dalam operasi membabitkan Unit Gempur Marin (UNGGERIN) Pasukan Polis Marin (PPM), dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak, Tawau dan Unit Risikan PPM.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim, berkata pasukannya mengesan sebuah van sarat dengan muatan dalam keadaan mencurigakan, sebelum cuba menjalankan pemeriksaan.

Bagaimanapun, katanya, pemandu van terbabit bertindak nekad memecut laju bagi mengelak dia ditahan dalam operasi berkenaan.

“Selepas dikejar lebih sejam, van itu berjaya dipintas dan hasil pemeriksaan menemukan longgokan plastik hitam berisi 678,400 batang rokok pelbagai jenama dipercayai rokok seludup.

“Seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun ditahan dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,011,630. Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, PPM akan terus melaksanakan operasi secara berterusan dan agresif bagi membanteras aktiviti penyeludupan yang mengakibatkan kerugian hasil negara.

Katanya, orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan supaya tindakan segera dapat diambil pihak berkuasa.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …