DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Majlis Bandaraya Pulau Pinang menerusi Jabatan Pelesenan malam tadi (6 Ogos 2025) telah mengadakan operasi susulan sitaan peralatan perniagaan di beberapa buah premis di kawasan Bandar Raya George Town.
Pelbagai peralatan perniagaan seperti kerusi dan meja telah disita atas kesalahan ketidakakuran, pelanggaran syarat – syarat lesen Majlis Bandaraya Pulau Pinang iaitu halangan di ruangan atau tempat awam iaitu bahu jalan, lot parkir, kaki lima, siar kaki premis perniagaan mengikut Seksyen 46(1)(d) , Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] (Halangan / Galangan Awam).
Sumber : Majlis Bandaraya Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/majlisbandaraya.pulaupinang



