KPKM SEDIA PERUNTUKAN RM30 JUTA UNTUK AGROBANK LAKSANA PMRNA 2025

PENYAMPAIAN: Mohamad menyampaikan cek cura PMRNA 2025 kepada Ahmad Ariff (dua kanan) pada majlis Showcase Mekanisasi sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025.

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyediakan peruntukan berjumlah RM30 juta kepada Agrobank bagi melaksanakan Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan (PMRNA) 2025.

Kemudahan pembinayaan itu akan diagihkan khusus kepada usahawan tani bumiputera, dengan kadar pembiayaan tiga peratus dari had pembiayaan sehingga RM1 juta untuk tempoh pembiayaan selama 10 tahun.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menyampaikan simbolik penyerahan cek cura PMRNA 2025 kepada Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank Ahmad Ariff Abu Bakar melalui Showcase Mekanisasi sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 di sini hari ini.

KPKM melaksanakan Showcase Mekanisasi menghimpunkan pelbagai inisiatif pemodenan pertanian yang merangkumi teknologi dan inovasi.

Dalam pada itu, pelaksanaan PMRNA bertujuan menggalakkan penggunaan agroteknologi dalam meningkatkan produktiviti ke arah meningkatkan tahap keterjaminan makanan.

Ia merangkumi kategori teknologi seperti pendekatan pertanian persekitaran terkawal (CEA), teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) seperti ‘Internet of Things’ (IoT) dan kecerdasan buatan (Al).

Selain itu, ia juga melibatkan teknologi mekanisasi dan automasi, bioteknologi dan teknologi hijau.

Showcase Mekanisasi ini menjadi salah satu program tumpuan utama HPPNK 2025 yang menggabungkan pameran teknologi, inovasi dan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta dalam sektor agromakanan.

Inisiatif ini juga sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memacu transformasi pemodenan pertanian negara bagi mencapai objektif keterjaminan makanan sebagaimana yang digariskan di dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0).

Pada majlis itu turut diadakan pertukaran Memorandum Kerjasama (MoC) Inisiatif Transformasi Digital Sektor Agromakanan antara KPKM dan TM Technology Services Sdn. Bhd bagi memperluaskan penggunaan pendigitalan dan teknologi pintar dalam sektor agromakanan.

Sebagai usaha memperkasa penggunaan teknologi dron dalam sektor agromakanan, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dengan kerjasama KPKM membangunkan Silibus Pensijilan Kompetensi ‘Remote Pilot Certificate of Competency Agriculture Light’ (RCoC-AL).

Ia dijalankan khusus untuk pengendali dron pertanian persendirian, sejajar dengan hasrat KPKM mentransformasikan sektor itu agar lebih moden, digital dan mampan.

Selain itu, KPKM turut menyerahkan cek cura untuk Program Mekanisasi dan Automasi Agromakanan (M&A) 2025 bagi memperluaskan penggunaan jentera dan teknologi mekanisasi serta automasi dalam sektor agromakanan.

Dalam usaha mempercepatkan transformasi digital sektor pertanian, KPKM turut menjalin kerjasama dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) melalui penyerahan Sijil Penerima Sistem Digital AgTech.

Setakat ini, lebih 700 sistem dipasang di seluruh negara, melibatkan subsektor tanaman, ternakan dan perikanan.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …