PPSPM MAHU MELAKA RIVER CRUISE KEKAL SEBAGAI IKON PELANCONGAN MELAKA

Bandaraya Melaka – Pengurusan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menetapkan setiap perancangan diatur dalam mencapai sasaran memberikan perkhidmatan lebih berkualiti serta meuaskan kepada pelanggannya dicapai.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, perancangan itu juga penting dalam memastikan produk pelancongan ditawarkan menarik perhatian delegasi dari 159 negara yang bakal berkampung di Melaka sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) September nanti.

Mengulas lanjut Shaharul Azuar berkata, setakat 28 Julai sebanyak 76 peratus daripada keseluruhan sasaran yang ditetapkan sudah dicapai hasil kesepakatan dan kerja keras warga PPSPM.

“Jadi sekiranya terdapat kekurangan kita akan tambah baik dan menyusun semula strategi supaya sasaran diletakkan PPSPM dapat dicapai untuk suku ketiga 2025.

“Malah bersempena WTD2025 kita akan memperhebatkan lagi promosi agar produk ikonik Melaka River Cruise kekal menjadi tulang belakang pelancongan di Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis Perhimpunan Bulanan PPSPM Bagi Bulan Jun Dan Julai 2025, di Pejabat PPSPM di Pengkalan Rama, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan PPSPM, Khairunnisa Ibno Masooda serta Pengarah Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Korporat PPSPM, Salman Salim.

Menurut Shaharul Azuar, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya satu juta pelancong akan menaiki Melaka River Cruise sepanjang tahun ini yang mana 20 peratus melibatkan pelancong antarabangsa.

“Sehingga 28 Julai 2025 kita telah merekodkan seramai 456,756 orang pengunjung. Bagi tempoh sama, berdasarkan semakan pencapaian pengunjung antarabangsa mendapati ada peningkatan sebanyak 30 peratus, perkembangan ini adalah satu pencapaian yang baik,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …