INTI PATI PENGUMUMAN PENGHARGAAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA OLEH YAB PERDANA MENTERI
KEEMPAT: KADAR TOL KEKAL
Tahun ini, 10 lebuh raya dijadual untuk kenaikan kadar tol sepertimana perjanjian. Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan tersebut supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama. Susulan itu, Kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta.
Lebuh raya yang terlibat bagi penangguhan kenaikan tol ini ialah:
(i) Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA);
(ii)Lebuhraya KL – Kuala Selangor (LATAR);
(iii)Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB).
(iv)Lebuhraya Senai – Desaru (SDE);
(v)Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2);
(vi)Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE);
(vii)Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS);
(viii)Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE);
(ix)Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX); dan
(x)Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#TaatSetia
#BersamaMalaysiaku



