PENGANGGUR DITAHAN MILIKI LEBIH 30 GRAM SYABU

TANGKAP: Suspek bersama dadah jenis syabu yang dirampas dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 31.65 gram dalam satu pemeriksaan di kawasan Batu 8, Kalabakan, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, sebelum itu, pihaknya menerima laporan berhubung aktiviti pengedaran dadah di daerah ini.

Katanya, seorang lelaki warga tempatan berusia 28 tahun ditahan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Kalabakan yang sedang melaksanakan Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) di sekitar kawasan berkenaan.

“Pemeriksaan ke atas suspek membawa kepada penemuan tujuh paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu yang disimpan dalam beg silang miliknya.

“Suspek yang juga penganggur bersama barang rampasan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam tahun atau seumur hidup dan tidak kurang 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Jasmin berkata, pihaknya menegaskan komitmen berterusan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah, khususnya di kawasan pedalaman seperti Kalabakan.

“Orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah dan dadah kepada pihak polis bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat terus terpelihara,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …