CUBAAN SELEWENG CPO BERNILAI RM130,000 GAGAL

SELEWENG: Minyak sawit mentah ditemukan di kawasan terpencil dipercayai untuk diseleweng.

SANDAKAN: Cubaan sindiket menyeleweng minyak sawit mentah (CPO) bernilai lebih RM130,000 digagalkan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam serbuan di kawasan terpencil Ulu Dusun, Batu 30, di sini, semalam.

Serbuan kira-kira jam 3.30 petang itu dilakukan menerusi Operasi Bersepadu bersama pegawai penguat kuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim, berkata sebelum itu, pihaknya menerima maklumat awam dan risikan mengenai kegiatan sindiket itu.

Katanya, serbuan berjaya menemukan sebuah lori sarat muatan beberapa tangki palet jenis Intermediate Bulk Container (IBC) yang mengandungi kira-kira 3,000 liter minyak sawit mentah.

“Modus operandi sindiket ini adalah menjalankan kegiatan di lokasi terpencil bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Namun hasil maklumat serta risikan yang dijalankan, pasukan serbuan berjaya mengesan dan menyerbu lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

RAMPAS: Sebuah lori yang membawa muatan CPO turut dirampas di lokasi kejadian.

Menurutnya, tiada tangkapan dibuat kerana suspek dipercayai sempat melarikan diri selepas menyedari kehadiran pasukan keselamatan.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM130,700 dan kes disiasat mengikut Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998,” katanya.

Nazri berkata, pihaknya akan terus mempergiat operasi dan memantau aktiviti penyeludupan serta penyelewengan barangan kawalan dan komoditi strategik negara termasuk minyak sawit mentah.

“PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa komited membanteras sebarang aktiviti jenayah penyeludupan yang bukan sahaja merugikan negara, malah mengancam kestabilan ekonomi dan keselamatan masyarakat.

“Orang awam diseru supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan kepada pihak berkuasa bagi memastikan tindakan segera dapat diambil,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …