𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 (𝗟𝗗𝗣)

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Seramai (50) anggota yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis IPD Barat Daya telah menyertai Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pengendalian Siasatan SDR ( Sudden Death Report ) dan Inkues Kematian yang disampaikan oleh Asp. Narasimhan s/o Veerasingam dari E8 Cawangan Khas Bukit Aman.

Objektif utama LDP :
1. Memberi pendedahan mendalam mengenai tatacara pengendalian siasatan kes SDR termasuk aspek prosedur dokumentasi, siasatan di tempat kejadian, serta pengumpulan bukti dan keterangan yang relevan.
2. Mempertingkatkan pengetahuan berkaitan prosiding Inkues Kematian khususnya bagaimana menyediakan kertas siasatan yang lengkap dan berkualiti untuk membantu Mahkamah Koroner membuat keputusan yang tepat.
3. Meningkatkan tahap profesionalisme dalam penyiasatan kematian mengejut agar setiap kes dapat ditangani secara telus, cekap, dan mengikut undang-undang.
4. Memupuk keyakinan diri dalam mengendalikan keterangan di mahkamah, terutama semasa memberi keterangan sebagai saksi dalam inkues.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …