LELAKI UGUT, CEDERAKAN JEMAAH MASJID DITAHAN

TANGKAP: Suspek ditahan dan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki mengugut dan mencederakan seorang jemaah ketika mangsa sedang mengambil wuduk di sebuah masjid di Jalan Damai, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, sebelum itu pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa.

“Ketika kejadian, suspek dipercayai bertindak agresif dengan memukul kepala mangsa sebanyak tiga kali sebelum mengeluarkan kata-kata ugutan ‘Kalau kau ganggu anakku lagi aku kasi pecah kepala mu’.

“Suspek kemudian bertindak menumbuk muka mangsa tanpa sebarang provokasi sehingga mencetuskan pertengkaran di dalam kawasan masjid,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang sebelum ini pernah menegur sekumpulan kanak-kanak yang mengganggu jemaah solat di masjid berkenaan.

Katanya, mangsa yang bimbang akan keselamatannya tampil membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.

“Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau telah melakukan serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor dan berjaya menahan lelaki terbabit.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, suspek juga gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Jasmin berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Polis tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk keganasan, lebih-lebih lagi di tempat ibadah yang seharusnya menjadi lokasi aman dan harmoni,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Alat …
Maklumat Lanjut

KILANG TEMPATKAN 73 PEKERJA ASING DALAM KONTENA TANPA KELULUSAN

Sebuah kilang di kawasan perindustrian Arab Malaysian Nilai di sini dikesan gagal mematuhi standard penginapan pekerja apabila menempatkan 73 pekerja …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …
Maklumat Lanjut