OP TALI PINGGANG KELEDAR: TIDAK BIASA, REMEH ANTARA ALASAN PENUMPANG – JPJ

Tidak biasa memakai tali pinggang keledar dan remeh antara alasan diberikan penumpang pada Op Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar terhadap bas ekspres dan bas persiaran di Negeri Sembilan bermula Selasa.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, sebanyak 43 bas diperiksa menerusi operasi terbabit dengan tujuh individu berusia 19 tahun ke atas dikompaun RM300 kerana gagal mematuhi arahan dan peraturan ditetapkan itu.

Pemakaian tali pinggang keledar sangat penting bagi mengurangkan risiko kecederaan parah akibat kemalangan. JPJ lihat pematuhan dalam kalangan pemandu dan penumpang bas amat baik, sudah timbul kesedaran dan harap ia berterusan.

Beliau menasihati pengusaha bas supaya memastikan kenderaan itu dilengkapi tali pinggang keledar yang beroperasi dengan baik dan sentiasa mengingatkan penumpang untuk memakai alat kelengkapan itu demi keselamatan.

Sepanjang sebulan operasi berkenaan, pihaknya turut melakukan penyamaran melalui dua pasukan membabitkan enam anggota bagi mengesan mana-mana pemandu dan penumpang bas yang melakukan kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …