5 OGOS PENGURUSAN KES DUA ADUN DAN AHLI PERNIAGAAN

TIBA: Andi semasa tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini menetapkan pengurusan kes pada 5 Ogos terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang Ahli Perniagaan atas pertuduhan menerima dan memberi rasuah berjumlah RM350,000 berkenaan permohonan lesen penerokaan mineral.

Keputusan itu dilakukan ke atas ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof @ Josree Yacob, 69, ADUN Tanjung Batu Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, 44 dan Ahli Perniagaan Datuk Tei Jiann Cheing, 36.

Tertuduh pertama, Dr. Yusuf yang juga merupakan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad didakwa menerima  wang suapan RM200,000 daripada Tei sebagai dorongan membantu menguruskan permohonan prospecting licence untuk cari gali mineral di Sabah, di sebuah hotel, di sini pada 2 petang, 6 Mac 2023.

Sementara tertuduh kedua, Andi yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan serta Ahli Parlimen Kalabakan didakwa menerima wang suapan RM150,000 daripada Tei sebagai dorongan membantu menguruskan permohonan prospecting licence untuk cari gali mineral di Sabah, di kediaman ADUN itu di sini pada 11 malam, 12 Mei 2023.

HADIR: Tei tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Tei, didakwa atas dua pertuduhan memberikan wang rasuah masing-masing kepada Yusof dan Andi di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Dua ADUN itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, manakala Tei dituduh di bawah Seksyen (b)(A) Akta SPRM 2009.

Sementara menunggu kes selesai, mahkamah membenarkan kedua-dua ADUN dibebaskan, masing-masing dengan ikat jamin sebanyak RM50,000 deposit RM10,000 yang dicagarkan oleh seorang penjamin tempatan.

Sementara Tei ditetapkan ikat jamin berjumlah RM60,000 deposit RM15,000 dicagarkan oleh seorang penjamin tempatan untuk kedua-dua pertuduhan.

Kesemua mereka berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nurul Izzati Sapifee dan Rustam Sanip serta Pegawai Pendakwa Rekhraj Singh.

Yusof dan Andi Muhammad Suryady diwakili peguam Datuk Ram Singh, Shahlan Jufri dan Ridzwandean Borhan, manakala Tei diwakili Edward Paul.

Setiap mereka juga diperintahkan melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat, sekali dalam tempoh dua bulan disamping menyerahkan pasport masing-masing kepada mahkamah.

DIIRINGI: Yusof yang tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, semalam.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

BIARKAN PROSES UNDANG-UNDANG BERJALAN: HAJIJI

HAJIJI KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada …
Maklumat Lanjut

5 OGOS PENGURUSAN KES DUA ADUN DAN AHLI PERNIAGAAN

TIBA: Andi semasa tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini menetapkan …
Maklumat Lanjut

LELAKI DIKHUATIRI TERJUN SUNGAI DITEMUKAN LEMAS

LEMAS: Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas oleh orang awam. KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dikhuatiri terjun ke …
Maklumat Lanjut