LELAKI DIKHUATIRI TERJUN SUNGAI DITEMUKAN LEMAS

LEMAS: Pasukan bomba membantu mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas oleh orang awam.

KINABATANGAN: Seorang lelaki yang dikhuatiri terjun ke Sungai Kinabatangan berhampiran Kampung Bilit, akhirnya ditemukan lemas, semalam.

Mayat mangsa, berusia 42 tahun, ditemukan terapung kira-kira 1.5 kilometer dari jeti Kampung Bilit pada jam 9.45 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan, Hairi Utoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Balai Polis Kampung Sukau pada jam 9.12 pagi semalam memaklumkan kejadian seorang lelaki dipercayai terjun ke sungai.

Katanya, sebaik menerima maklumat, sepasukan empat anggota bomba bersama satu jentera utiliti dikerah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 60 kilometer dari balai.

“Siasatan awal mendapati mangsa dilihat terjun ke sungai pada jam 6 pagi, 28 Jun lalu.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan dengan kaedah pencarian permukaan air sejauh tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjun,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, operasi turut disertai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan orang awam.

Katanya, Bilik Kawalan BBP Kinabatangan menerima laporan daripada orang awam memaklumkan mangsa telah ditemukan kira-kira 1.5 kilometer dari jeti Kampung Bilit.

“Pasukan bomba segera ke lokasi penemuan dan membantu mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.40 malam selepas memastikan tiada lagi risiko di kawasan berkenaan,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …