Pemantauan Pematuhan SOP Negeri Perak

Pemantauan pematuhan SOP yang dilakukan secara berkala ini lebih tertumpu kepada premis-premis perniagaan sekitar negeri Perak seperti pasaraya, restoran, kedai runcit, bank dan lain-lain lagi. Ini bagi memastikan pematuhan SOP seperti penggunaan aplikasi MySejahtera, mesin pengimbas suhu, cecair pembasmi kuman, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial di dalam premis dapat dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik dan pelanggan premis tersebut bagi mengelak peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Pada masa yang sama, orang ramai turut diingatkan untuk terus bersama-sama mengamalkan kebersihan diri dan meminimumkan pergerakan ke tempat-tempat awam yang sesak agar penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan dengan kadar segera.

#kitajagakita
#flattenthecurve

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …