LELAKI SESAK NAFAS, RUMAH TERLIBAT KEBAKARAN

KEBAKARAN: Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di sebuah rumah di Penampang. Gambar ihsan PGO JBPM Negeri Sabah

PENAMPANG: Seorang lelaki mengalami sesak nafas selepas rumahnya terlibat dalam kebakaran di kawasan Jalan Sindanan di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada jam 9.17 pagi.

Katanya, mangsa yang berumur 37 tahun itu mengalami sesak nafas dan diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Bomba.

Menurutnya, kebakaran terbabit melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal yang terbakar sekitar 30 peratus.

“Pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran dengan dua pancutan kira-kira 60 meter sumber air dari jentera dan pili bomba,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pihaknya berjaya mengawal kebakaran pada jam 9.38 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 10.20 pagi.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …